Sejiwa Senada di Betong

Print PDF

Pameran anjuran Kerajaan Negeri Sarawak, Sejiwa Senada telah diadakan di Bandar Betong pada 23 hingga 25 Julai yang menyaksikan ramai warga Betong serta kawasan sekitarnya berpusu-pusu untuk menyaksikan pameran daripada kementerian, jabatan serta agensi Kerajaan Negeri, Persekutuan serta sektor swasta tersebut.

Pameran yang diadakan bersebelahan dengan Dewan Rentap ini telah diadakan bermula jam 8 pagi hingga 10 malam disertakan dengan aktiviti-aktiviti menarik seperti cabutan bertuah, sukan rakyat, karaoke serta konsert mini.

KPSU sekali lagi terlibat dalam menjayakan pameran ini dengan penampilan aktiviti seperti kuiz, sukan, serta teknologi 3D dan Augmented Reality daripada Planetarium Sultan Iskandar.

Imejan 3D dan Augmented Reality sentiasa menjadi sambutan orang ramai disebabkan ramai yang ingin tahu dan mengalami keadaan AR serta 3D yang ditampilkan selain mencerap dengan menggunakan teleskop.