Pameran Sejiwa Senada Bintulu

Print PDF

 

 

Pameran Sejiwa Senada yang bermula 11-13 Jun 2010 yang lepas di Sibu kali ini berlangsung pula di Lapangan Terbang Lama Bintulu pada 25-27 Julai 2010. Tapi kali ini ia lebih meriah kerana lebh banyak agensi dan GLC terlibat selain booth yang disediakan untuk setiap mereka yang menyertai lebih selesa dan besar.

Karnival kali ini berlangsung dari pagi 9:00a.m sehingga 10:30p.m telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari orang ramai. Seperti di Sibu sebelum ini, beberapa tarikan utama telah diadakan iaitu kuiz sosial dari pihak Majlis Pembangunan Sosial(MPSU), augmented reality technology PSI(kerjasama Fakulti Kognitif UNIMAS) dan tarian dari Bahagian Kebudayaan. Adalah diharapkan bahawa masyarakat yang telah berkunjung ke booth Kementerian Pembangunan Sosial Urbanisasi di Bintulu turut mendapat manfaat hasil daripada pameran ang diadakan.

Gambar menunjukkan Yang Berhormat Datuk Patinggi Alfred Jabu, Timbalan Ketua Menteri  mencuba Augmented Reality Planetarium Sultan Iskandar(PSI) sambil dilihat oleh En. Hamdan Sharbini, Pemangku Setiausaha Tetap KPSU.