PSI anjur Program Cuti Sekolah VIII

Print PDF

Untuk kali kelapan, Planetarium Sultan Iskandar dan Persatuan Astronomi Sarawak dengan kerjasama Planetarium Negara telah berjaya menganjurkan Program Sains Angkasa Cuti Sekolah VIII yang diadakan di teater angkasa PSI.

Program yang telah disertai oleh kira-kira 100 pelajar dari pelbagai sekolah ini telah berjaya membawakan aspek-aspek baru dalam program ini seperti membuat roket kereta, pengukuran triangulation, membuat kapal terbang kertas, ceramah tentang Astronomi, Astrologi dan Kosmologi serta membuat poster tentang buruj serta logo masing-masing.

 

Malah, terdapat aktiviti berbentuk psikologi dengan para peserta berpeluang untuk mendengar ceramah dan aktiviti berbentuk motivasi yang telah diberikan oleh para pelajar Unimas.

Seperti biasa sambutan untuk PSACSVIII telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para peserta walaupun mereka sebelum ini pernah menyertai program seperti ini anjuran PSI dan SAS.

Disebabkan modul yang ditawarkan adalah berbeza serta mempunyai penyertaan daripada wakil daripada Planetarium Negara, ia juga menambahkan minat para pelajar untuk sentiasa menyertai aktiviti yang ditawarkan pada setiap musim cuti sekolah ini dan secara tidak langsung turut merapatkan lagi perhubungan antara peserta biarpun dari sekolah yang berbeza.